soal-jodoh-tak-boleh-paksa
Gambar hiasan oleh: familystudio23

Soal Jodoh Kita Tidak Boleh Nak Paksa

Soal jodoh ini kita tak boleh nak paksa. Kita tak boleh nak ikut kehendak diri kita sendiri sahaja. Sebab kita punya Tuhan. Tuhan yang Maha Menciptakan Selayaknya bagi seorang Hamba kita kena ikut kehendak Tuhan iaitu Allah SWT.

Soal jodoh ini Allah dah bagitahu dalam al-Quran. Allah kata apa?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – (Surah al-Baqarah ayat 216)

Kamu ada menyukai seseorang lalu kamu bercinta dengannya. Kenal bertahun-tahun. Mungkin kenal di Stesen KTM lepastu mintak number si dia dan perempuan tu pun bagi. Atau kenal di tempat kerja. Hari-hari duk usha dari jauh akhirnya beranikan diri tanya dah berpunya ke belum. Kalau yang bercinta di university selalu ulang kaji pelajaran sama-sama. Kalau dalam kelas setiap hari kenyit-kenyit mata. Baling-baling pemadam. Last sekali.

Hubungan terputus.

Sakit bukan?

Ya sakit yang teramat sangat bila kita dah beri hati kita lalu hati tadi terluka. Hati yang kita beri dengan setulusnya sedikitpun tidak di hargai. Sakit bukan? Terasa bagai ditusuk sebilah pisau bukan? Bahkan mungkin lebih dari itu andai cinta kita tadi 200% tahap gunung kinabalu.

Tapi saya dan kamu kena tahu satu perkara. Apadia?

Allah bilamana mahu mengurniakan secebis hidayah kepada kita. Allah bilamana mahu kita kembali kepada Dia. Allah akan kirimkan ujian yang mungkin ujian itu melalui si dia dan hikmahnya kita tak lagi mudah tertipu dengan janji manis manusia. Mungkin hikmah dari ujian itu kita tak lagi hanyut dengan cinta manusia walau pun nampak penuh ‘gah’ sekali.

Hidup ini kita cuma perlu Allah kerana hidup ini tanpa Allah terasa sangat ‘kosong’. Jiwa terasa sangat sunyi sepi. Kita tidak tahu tapi Allah Maha Mengetahui. Hidup kita ini Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba Allah. Manusia yang punya banyak kekurangan cuma boleh merancang. Cuma boleh ‘merancangan’ tak lebih daripada itu.

Pasak dalam hati wahai kawan.

“Kita cuma boleh merancang tak lebih daripada itu.”

Kamu dan kamu termasuk diri saya. Mohon jangan lupa untuk berdoa kepada Allah atas tiap apa yang kita rencanakan. Biar Allah menjadi ‘pemimpin’ dan kita menjadi ‘pengikut’. Jangan letak harapan setinggi gunung kinabalu kerana bila jatuh sakitnya kita yang merasa bukan orang lain. Dahulukan lah Allah. Maka Allah akan membantumu. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Masih Bujang? Tengah Mencari Jodoh Yang Sesuai? Daftar DISINI!

Nak Kahwin Tak Lama Lagi? Jom Dapatkan TIPS dan PROMOSI Terkini KLIK SINI!

Komen Pembaca

Lagi Artikel Menarik

KONGSI

STAY UPDATE

Dapatkan update-update terkini terus melalui inbox email anda setiap minggu.

Kembali Ke Atas