calon cari jodoh
Gambar hiasan oleh: photobyarif

Bila Nak Kahwin? 99,012 Orang Calon Jodoh Sedang Tunggu Di Laman Web Ini.

Bila menjelang musim perayaan atau majlis keramaian, mesti orang-orang bujang akan terasa bahangnya. Bukan apa, risau ditanyakan satu soalan yang paling popular ditanyakan oleh makcik-makcik dan sanak saudara.

Bila nak kahwin?

Bagi yang masih berumur awal 20 an, soalan ini mungkin mudah untuk ditangani dan dijawab. Tetapi jika umur sudah mula meningkat 30 an, soalan bab perkahwinan ini menjadi semakin sensitif. Dalam matematik dipanggil berkadar terus. Semakin meningkat usia, semakin sensitif kepada soalan bila nak kahwin.

Pastinya semua orang tahu bahawa jodoh pertemuan itu ditentukan oleh Tuhan. Dah ditetapkan sejak dalam kandungan lagi. Tetapi ini tidak bermakna, kita tidak perlu berusaha untuk mencari jodoh.

Konsepnya jodoh ini sama macam rezeki. Tak usaha, tak dapat rezeki. Tak usaha, tak dapat jodoh.

Masalah utama orang nak cari jodoh ni biasanya ada beberapa sebab:

  1. Terlalu sibuk bekerja sampai tak ada masa bergaul dengan masyarakat
  2. Seorang yang pemalu
  3. Pernah putus cinta jadi takut nak cari jodoh

Ini sebahagian daripada masalah yang sering dialami semasa mencari jodoh.

Dengan perkembangan teknologi sekarang, mencari jodoh sebenarnya boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa meninggalkan budaya dan adab sopan.

Cara mencari jodoh yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan laman web mencari jodoh. Laman web mencari jodoh adalah laman web yang menghimpunkan individu yang nak mencari calon dalam satu tempat.

Selamat ke laman web cari jodoh online ini?

Pastinya ramai yang agak skeptikal dengan laman web mencari jodoh. Kebimbangan anda itu adalah munasabah kerana anda risau dengan keselamatan maklumat diri dan juga diri anda sendiri.

Tetapi bagaimana jika ada laman web cari jodoh online yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Patuh syariah

Sebuah laman web mencari jodoh yang baik hendaklah mampu untuk menapis setiap calon yang mendaftar. Malahan setiap sesi pengenalan dipantau bagi tujuan menjaga adab dan Syariah agama.

  1. Privasi anda terjamin

Maklumat diri anda seperti nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda. Ini menyebabkan butiran diri anda terlindung daripada jatuh ketangan orang yang tidak bertanggungjawab.

  1. Bebas spam

Laman web jodoh online yang baik juga haruslah mengawasi sebarang bentuk spam. Sekiranya ada calon yang membuat spam, boleh terus buat aduan kepada pemilik laman web untuk proses selanjutnya.

  1. Anti-SEO

Selain itu, maklumat berkaitan diri anda juga tidak akan dapat dicari oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain kerana dilengkapi dengan sistem anti-SEO.

Jika sebuah laman web mencari jodoh mempunyai ciri-ciri tersebut, adakah anda rasa lebih yakin untuk menyertai laman web mencari jodoh online?

Semua ciri-ciri tersebut sebenarnya ada dalam laman web Baituljannah.

Baituljannah adalah sebuah laman web mencari jodoh secara online yang memberikan jaminan bahawa laman web mencari jodoh yang disediakan adalah patuh Syariah, bersifat peribadi, bebas spam dan juga melindungi maklumat diri anda.

Calon Cari Jodoh Baitul Jannah

Bagaimana nak mendaftar di Baituljannah?

Untuk mencari jodoh melalui laman web Baituljannah, anda hanya perlu lalui 4 proses utama iaitu proses pendaftaran, proses suaikenal, proses perbincangan keluarga dan perkahwinan.

Proses Pendaftaran

Anda boleh mendaftar sebagai calon secara percuma. Setiap pendaftaran calon baru akan disaring oleh pihak Baituljannah dan akan disahkan dalam masa 24jam selepas pendaftaran dilakukan. Saringan ketat dilakukan supaya calon-calon yang mendaftar adalah calon-calon yang berkualiti dan bukannya untuk tujuan spam. Selepas mengisi borang pastikan anda telah melengkapkan profil, gambar, nombor telefon dan info-info lain yang diperlukan. Profil yang lengkap dan telah disahkan layak menerima 2 Rubi. Rubi ini digunakan untuk belanja calon lelaki atau perempuan supaya dapat buka mesej yang kita hantar.

Proses Suaikenal

Selepas pendaftaran disahkan, anda boleh terus ke senarai calon dan pilih calon mana yang anda nak berkenalan. Terdapat fungsi baru ditambah, anda akan menerima notifaction cadangan calon yang sesuai dengan anda. Cadangan ini adalah berdasarkan kesesuian profile yang telah dilengkapkan. Selepas itu anda boleh berkenalan dengan calon tersebut melalui ruangan mesej. Perbincangan antara calon adalah di pantau oleh Baituljannah untuk memastikan keselamatan calon sentiasa diutamakan.

Perbincangan Keluarga

Sekiranya setelah berkenalan dan ingin menjadi lebih serius, pasangan calon pelu membuat perjumpaan keluarga.

Proses Perkahwinan

Ini adalah masa yang dinantikan oleh setiap calon. Masa dimana mereka menamatkan masa bujang.

Proses 1 dan 2 adalah dipantau oleh Baituljannah manakala proses ke 3 dan 4 adalah diluar kawalan Baituljannah.

Gunakanlah alternatif ini untuk bantu anda cari jodoh idaman anda. Siapa tahu jodoh anda mungkin ada di Baituljannah menanti anda. Anda boleh membuka akaun Baituljannah dengan mendaftar di sini :

[ Daftar Sini ]

baitul jannah review

Sehingga kini terdapat 99,012 orang telah mendaftar, majoriti calon wanita. Calon lelaki masih kurang mendaftar, kesian pada calon wanita ramai terpaksa bersaing untuk mendapatkan calon jodoh. Mana pergi calon lelaki yang segak macho bergaya apa tunggu lagi? Cepat-cepat daftar, tulang rusuk kiri anda sedang menunggu!

[ Daftar Sekarang ]

Komen Pembaca

Lagi Artikel Menarik

KONGSI

STAY UPDATE

Dapatkan update-update terkini terus melalui inbox email anda setiap minggu.

Kembali Ke Atas