doa untuk cari jodoh

Doa Yang Perlu Diamalkan Untuk Mencari Jodoh

Seseorang yang sedang mencari jodoh pasti sentiasa mengharapkan pasangan yang terbaik sebagai jodoh mereka. Salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk mencari jodoh adalah dengan memperbanyakkan doa.  Ini kerana doa adalah senjata manusia yang paling ampuh dalam menghadapi setiap ujian yang melanda diri kita

Dalam usaha ini, terdapat beberapa amalan doa yang boleh dilakukan oleh seseorang secara konsisten bagi memudahkan urusan mendapatkan jodoh yang terbaik. Doa untuk dipermudahkan urusan mencari jodoh ini boleh terbahagi kepada doa-doa yang khusus untuk lelaki serta doa yang khusus untuk perempuan.

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang boleh diamalkan oleh sama ada lelaki atau perempuan dalam usaha untuk mencari jodoh. Salah satu daripadanya ialah ayat 4 daripada Surah Yusuf, iaitu:

Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Ayat 4 daripada Surah Yusuf ini merupakan antara doa dan amalan yang terbaik dalam mencari jodoh, baik bagi pihak lelaki mahupun perempuan. Selain daripada itu, ayat 74 daripada Surah Al-Furqan juga merupakan antara amalan doa yang mustajab dalam usaha untuk mencari jodoh. Ayat tersebut ialah:

Maksudnya: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”.

Satu lagi bentuk doa adalah dengan memperbanyakkan solat. Solat itu sendiri dipenuhi dengan pelbagai doa. Salah satu solat yang boleh diamalkan adalah solat sunat hajat dan solat sunat istikharah. Solat sunat hajat perlu dilakukan untuk berdoa agar jodoh dapat ditemukan dengan segera. Manakala solat sunat istikharat adalah penting untuk memastikan setiap keputusan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Mafhum hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud, saat paling dekat seseorang hamba dengan tuhannya adalah semasa sujud di dalam solat. Jadi perbanyakkanlah solat. Solat juga dapat memberikan ketenangan dan juga dalam masa sama memberikan keyakinan bahawa ketentuan jodoh kita telah ditetapkan.

Sebaik-baik doa adalah doa yang kita fahami dan memberikan kesan ke atas diri kita sendiri. Tidak salah jika berdoa dalam bahasa Melayu yang penting jangan sesekali pernah leka untuk berdoa dan merintih dengan yang Maha Pencipta.

Itulah beberapa doa yang boleh diamalkan semasa mencari jodoh. Disamping berdoa, anda juga perlu sentiasa memperbaiki diri dan akhlak untuk menarik jodoh yang baik. InsyaAllah, usaha yang diikuti dengan memperbanyakkan doa akan membantu anda untuk mencari jodoh anda dengan lebih cepat.

Masih Bujang? Tengah Mencari Jodoh Yang Sesuai? Daftar DISINI!

Nak Kahwin Tak Lama Lagi? Jom Dapatkan TIPS dan PROMOSI Terkini KLIK SINI!

Komen Pembaca

Lagi Artikel Menarik

KONGSI

STAY UPDATE

Dapatkan update-update terkini terus melalui inbox email anda setiap minggu.

Kembali Ke Atas
error: hakcipta terpelihara