cara mencari cinta dan dekatkan jodoh
Gambar hiasan oleh: am_syera

Cara Mencari Cinta Dan Dekatkan Jodoh

Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani. Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.

Jangan labelkan diri aku yang tersisih, tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .

Alasan Sukar mencari jodoh

  1. Jodoh belum sampai.
  2. Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
  3. Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
  4. Belum Bersedia.
  5. Terlalu memilih.
  6. Hati tak bersih – Buangkan rasa yang tidak senang dengan insan sekeliling.

Kenapa sukar bertemu jodoh?

  1. Fobia bercinta (kenangan lalu ) [baca : putus cinta nak salahkan siapa].
  2. Sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak).
  3. Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik).
  4. Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan (Pentingkan diri dan tak menghormati)
  5. Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya).
  6. Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian.
  7. Restu ibu bapa.
  8. Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjaran akhirat orang yang berumah tangga ) – Malah ada hikmah yang banyak juga di dunia.
  9. Banyakkan berdoa .

Dekatkan jodoh anda bagi yang belum jumpa calon.

  1. Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat .
  2. Amati orang di sekitar anda jodoh selalunya tidak jauh.
  3. Tidak Mudah patah semangat, tak semua kita nak, kita dapat, teruslah mencuba.
  4. Mengisi hati dengan ibadah tertentu.
  5. Menyayangi semua orang di sekitar anda.
  6. Menyucikan hati.
  7. Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana.
  8. Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.
  9. Mencari calon pasangan di Laman Cari Jodoh Muslim – Baitul Jannah (klik sini)

Dekatkan jodoh, bagi yang dah jumpa orang dia suka :

  1. Fahami emosi dan jiwa dia jangan over dalam tindak tanduk kita.
  2. Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan, yang terbaik lebih lihat pada kelebihan.
  3. Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga.
  4. Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu.
  5. Bertemu dengan menjaga syariat.
  6. Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati ).
  7. Bantu naikkan semangat.
  8. Memuji dengan ikhlas dan bukan buat-buat.
  9. Seimbang.
  10. Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Masih Bujang? Tengah Mencari Jodoh Yang Sesuai? Daftar DISINI!

Nak Kahwin Tak Lama Lagi? Jom Dapatkan TIPS dan PROMOSI Terkini KLIK SINI!

Komen Pembaca

Lagi Artikel Menarik

KONGSI

STAY UPDATE

Dapatkan update-update terkini terus melalui inbox email anda setiap minggu.

Kembali Ke Atas